Himpunan Generasi Ke2 Felda Lembah Klang telah diadakan di Dewan MBSA pada 10/10/2010 yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang pengerusi nya Sdr Mazlan Aliman himpunan tersebut telah di rasmikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu AJK Pas Pusat,hadir juga pada malam itu YB Khaleed Samad Mp Shah Alam,YB Dr Rani Othman Adun Meru,Ust Azman Syafawi Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat dan Utzh Norlidah Salleh Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat,lebih 300 orang telah mendaftar diri sebagai (ANAK) dan lebih daripada 500 orang hadir pada malam tersebut,walau pun kehadiran generasi ke2 felda lembah Klang tidak berapa ramai seperti yang dijangka kan tetapi InsyaAllah ianya akan dapat merialisasikan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan menjaga dan membela peneroka-peneroka Felda yang sedia ada di seluruh Malaysia.
Sunday, October 10, 2010
Tuesday, October 5, 2010
Jamuan Raya Pas Pusat
Pada 3 Sept 2010 Pas Pusat telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Padang Pusat Khidmat masyarakat DUN Gombak Setia, majlis tersebut bermula daripada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang,kehadiran orang ramai sungguh menggalakan,pimpinan-pimpinan daripada PKR yang hadir pada hari tersebut ialah YB Dato Azmin Ali,Dato Zaid Ibrahim,Senator Dr Syed Hussin Ali YB Dr Xavier dan daripada DAP ialah YB Lim Kit Siang,YAB Lim Guan Eng, Saf-Saf pimpinan Pas Pusat keseluruhan hadir untuk menyambut, bersalaman dan beramah mesra dengan orang ramai,saf-saf pimpinan Pas Pusat diketuai oleh YB Dato Sri Abd Hadi Awang YAB Dato Nik Aziz Nik Mat YB Ust Nasarudin Mat Esa YB Dato Mahfuz Omar Dato Tuan Man Tuan Ibrahim YB Salehuddin Ayob YB Dr Hatta Ramli YB Dr Hassan Ali dan lain-lain lagi pimpinan Pas Negeri,pada tahun ini menu-menu makanan banyak disediakan yang bermacam-macam jenis komen orang ramai amat memuaskan.
Tuesday, September 28, 2010
Monday, August 2, 2010
Isu Pasar Ramadan
Pihak JKK Pekan Meru tidak mahu lagi menguruskan atau mengadakan Pasar Ramaadan tahun ini dengan alasan tidak mendapat keuntungan,pihak JKK kena peka siapakah peniaga-peniaga pasar Ramadan,peniaga-peniaga pasar Ramadan selain menambahkan mata pencarian sebahagian nya adalah sumbar rezki utama mereka,kenapa persoalkan keuntungan... kalau kita tak boleh tolong rakyat dari segi keawangan kenapa kita tak boleh tolong mereka sediakan tapak perniagaan,banyak rungutan daripada peniaga-peniaga merasa kecewa perihal tersebut sehingga Ketua wanita umno Puan Norizah turun padang jangan salahkan mereka bila mereka mengadu kepada nya dan jangan salah kan mereka bila mereka tidak mahu lagi mengundi PR,mereka adalah anak tempatan dan pengundi di Meru jangan nanti bila ada pilihanraya baru sibuk nak minta undi,PR baru satu penggal memerintah nak cari keuntungan tunggulah bila sudah memerintah dua tiga penggal,apa yang penting ialah kita nak tolong rakyat bukan nak cari keuntungan.tk
Monday, July 19, 2010
Kerjasama UMNO dengan PAS
KUASA MELAYU TETAP KUKUH itu respon Naib Presiden Pas Dato Mahfuz Omar walau pun tidak berkabung dengan umno,akhir-akhir ini riuh rendah isu kerjasama Pas dengan Umno hinggakan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sanggup menjadi orang tengah untuk menyatukan Pas dengan Umno kerana beliau berpendapat kuasa melayu akan hilang dipilihanraya ke 13 jika Pas dan Umno tidak bersatu,saya pelik dengan mufti sanggup buat fitnah kononnya Pas sudah pun hantar wakil berjumpa dengan nya wal hal Pas langsung tidak ada pun berbincang tentang isu tersebut apa lagi nak jumpa dengannya,saya berpendapat isu kerjasama hanyalah mainan politik Umno sahaja supaya kabungan PR berpecah belah kalau betul pun Umno nak berkerjasama dengan Pas betulkan dulu ketidak adilan dengan kerajaan PR, Isu royalti,agihahan peruntukan disetiap ahli Perlimen dan Adun-Adun dsb nya lagi itu tak termasuk lagi dengan fitnah-fitnah yang di lemparkan keatas pimpinana Pas dan PR, memang benar kuasa umno akan hilang tetapi tidak bermakna kuasa Melayu akan hilang kerana Pas yang akan menjaga kepentingan Islam dan Bangsa Melayu bila umno tumbang kerana selama ini kuasa Melayu dan kepentingan Melayu hilang siapa yang hilangkan kalau bukanya Umno ini fakta sebagai contoh tulisan Jawi,kekebalan Raja-Raja, biasiswa,Bahasa Melayu,Sekolah Ugama Rakyat, Rezab Melayu dan banyak lagi bukan kah umno yang sendiri yang menghancurkan nya.
Tuesday, June 29, 2010
Nisbah 1:40 mengelirukan
Satu lagi agenda umno untuk menakutkan orang-orang melayu, nisbah melayu yang mendaftar mengundi 1 melayu 40 bukan melayu kenyataan yang dikeluarkan oleh umno dan disokong pula SPR adalah bersifat perkauman kalau sebelum itu isu JI dan Wahabi untuk menakutkan orang bukan melayu sekarang ini keluar pula isu untuk menakutkan orang-orang melayu kita beranggapan angka tersebut adalah tidak tepat,dan jika ada lagi segelintir orang-orang melayu yang tidak mendaftar mengundi yang sudah mencecah umur 21 tahun itu adalah kelemahan SPR sendiri sudah banyak cadangan oleh pihak NGO pihak pembangkang supaya didaftarkan secara automatik tapi semua cadangan ditolak zaman sekarang zaman IT tak kan perkara tesebut tidak boleh buat oleh itu saya menyeru semua lapisan masyarakat supaya menolak isu-isu yang dimainkan oleh umno yang bersifat perkauman keterlaluan.
Monday, June 28, 2010
1:4O
Di sebabkan kekolotan agenda politik umno maka pemuda melayu hari ini amat benci dan memandang enteng sekiranya kerajaan mengadakan pilihanraya.Ayat yang biasa kita dengar yang akan diucapkan oleh pemuda melayu hari ini ialah " alah sama jee.."Umno hari ini telah menyogok anak2 muda melayu dengan hiburan yg melalaikan hingga terlupa atau saja2 buat lupa dengan kedudukan melayu Islam di bumi sendiri.mungkin kah melayu di Malaysia akan merempat ,meminta sedekah,melarat dihina dan dikeji pada suatu hari nanti.
Sedarlah wahai pemuda2 melayu yang menyokong umno marilah berjuang dengan jemaah PAS agar kita dapat mempertahankan tanahair tercinta.janganlah biarkan umno memperbodohkan anda semua,kerana kita semua telah mengetahui bahawa umno memang bodoh sejak azali lagi. bak kata pendekar bujang lapuk alip min nun tendang wau = sarkis.
Sedarlah wahai pemuda2 melayu yang menyokong umno marilah berjuang dengan jemaah PAS agar kita dapat mempertahankan tanahair tercinta.janganlah biarkan umno memperbodohkan anda semua,kerana kita semua telah mengetahui bahawa umno memang bodoh sejak azali lagi. bak kata pendekar bujang lapuk alip min nun tendang wau = sarkis.
Sunday, May 30, 2010
JUDI BOLA SEPAK
Bila Kerajaan BN meluluskan judi bola sepak selain menambahkan rakyat gila judi apa akan jadi pasukan bola sepak kita ?, yang ada sekarang ini pun tak kemana-mana apa tah lagi apabila judi bola sepak sudah beroperasi dan tidak mustahil bola sepak liga tempatan akan menerima tempiasnya,kita kena lihat sejarah bola sepak kita,pasukan bola sepak kita digeruni diseluruh asia tetapi apabila pasukan bola sepak kita terlibat dengan rasuah ditahun 80an yang yang didalangi oleh taukeh judi apa jadi bola sepak kita,saya tak fahamlah apa yang ada dikepala pemimpin umno ini selogan Najib rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,apa benda ni nak hancurkan rakyat kee..pemimpin umno dan orang-orang yang menyokongnya bukan nya tak faham hukum judi itu dosa besar,sepatutnya judi yang ada sekarang ini diharamkan atau dikurangkan tetapi sebaliknya pula,oleh itu kalau pemimpin umno nak cerita bab ugama hentikan sajalah,saya angkat tangan dan tabik kepada YB Lim Guan Eng yang mengarahkan PBT supaya tidak meluluskan lesen judi bola sepak di Pulau Pinang,orang bukan Islam pun tak suka judi kenapa kita yang mengaku Islam tidak perihatin dan sesitive tentang judi bola sepak,wahai rakyat Malaysia yang pro umno sendiri fikirlah...
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)