Sunday, May 30, 2010

JUDI BOLA SEPAK

Bila Kerajaan BN meluluskan judi bola sepak selain menambahkan rakyat gila judi apa akan jadi pasukan bola sepak kita ?, yang ada sekarang ini pun tak kemana-mana apa tah lagi apabila judi bola sepak sudah beroperasi dan tidak mustahil bola sepak liga tempatan akan menerima tempiasnya,kita kena lihat sejarah bola sepak kita,pasukan bola sepak kita digeruni diseluruh asia tetapi apabila pasukan bola sepak kita terlibat dengan rasuah ditahun 80an yang yang didalangi oleh taukeh judi apa jadi bola sepak kita,saya tak fahamlah apa yang ada dikepala pemimpin umno ini selogan Najib rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,apa benda ni nak hancurkan rakyat kee..pemimpin umno dan orang-orang yang menyokongnya bukan nya tak faham hukum judi itu dosa besar,sepatutnya judi yang ada sekarang ini diharamkan atau dikurangkan tetapi sebaliknya pula,oleh itu kalau pemimpin umno nak cerita bab ugama hentikan sajalah,saya angkat tangan dan tabik kepada YB Lim Guan Eng yang mengarahkan PBT supaya tidak meluluskan lesen judi bola sepak di Pulau Pinang,orang bukan Islam pun tak suka judi kenapa kita yang mengaku Islam tidak perihatin dan sesitive tentang judi bola sepak,wahai rakyat Malaysia yang pro umno sendiri fikirlah...

Saturday, May 15, 2010

Keluarga bloogger,bekas pekerja Lever Brothers





Inilah gambar saya dan keluarga saya.

AJK yang menjayakan perjumpaan bekas pekerja-pekerja Unilever



Sudah hampir 10 tahun operasi kilang unilever yang dulu lebih dikenali dengan Lever Brothers ditutup,pada 15/5/2010 hari Sabtu satu majlis untuk mengumpulkan bekas pekerja-pekerja Lever Brothers telah diadakan di Wisma Perkeso P.Jaya,saya hadir dalam majlis tersebut kehadiran adalah amat menggalakan lebih kurang hampir 200 orang yang hadir,saya amat terharu ada yang sudah berpindah ke Melaka dan Seremban sanggup meluangkan masa untuk hadir dalam majlis tersebut,orang yang bekerja keras untuk menjayakan majlis tersebut ialah En Yunus Mahadi,Tuan Hj Halil dan Ajk-Ajk nya dengan dibantu dan disokong oleh pengurusan Unilever yang sebahagian nya masih beroperasi di Malaysia,objebtif untuk mengumpulkan bekas pekerja-pekerja Lever brothers adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan bekas pekerja- pekerja Lever Brothers dengan adanya perjumpaan tersebut ianya dapat mengambil maklumat-maklumat yang boleh dihubungi jika ada kenduri kahwin,kematian atau sakit dan sebagainya,saya sebagai bekas pekerja Lever Brothers mengucapkan tahniah atas daya usaha yang dapat menganjurkan majlis tersebut dan saya mengaharapkan ianya hendaklah diteruskan 3 tahun sekali atau 5 tahun sekali.

Perjumpaan bekas pekerja-pekerja Unilever